21 September 2011

diet rendah karbohirat vs diet rendah kalori

Diet Karbohidrat
Menurut kajian terkini terhadap orang gemuk dan obesiti, didapati mereka yang menjalankan diet rendah karbohidrat lebih cepat menurunkan berat badan berbanding dengan mereka yang melakukan diet rendah lemak.
Setelah melakukan diet rendah karbohidrat selama 12 minggu, para responden telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4.9kg, sedangkan mereka yang menjalankan diet rendah lemak hanya turun 2.5kg.
Kemudian program menjaga berat badan tersebut diteruskan hingga 24 minggu. Namun tidak diketahui samadan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kedua kelompok diet tersebut.
Meski begitu, menurut Dr.Kevin C.Maki, salah seorang pemerhati program diet, diet rendah karbohidrat adalah lebih efektif dalam mengurangkan lemak dan mengawal berat badan.
Maki dan rakan-rakannya meminta para responden supaya mengurang\kan kadar glycemic dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat dan membanyakkan pengambilan makanan yang indeks glycemic nya rendah, iaitu makanan yang mengandung serat seperti sayuran, kacang dan gandum.
Selama dua minggu pertama para responden diminta tidak mengambil makanan yang memiliki kadar karbohidrat tinggi seperti buah dan makanan yang memiliki zat tepung. Mereka juga diminta mengelakkan pengambilan alkohol, tetapi mereka dibenarkan untuk makan sebanyak yang dikehendaki.
Sebaliknya responden dalam kelompok diet rendah lemak hanya dibenarkan mengambil 500 - 800 kalori per hari, menghindari makanan berlemak dan mengawal saiz makanannya.
Setelah 12 minggu, para responden dari kelompok diet rendah karbohidrat mengalami penurunan berat yang signifikan berbanding dengan kelompok diet rendah lemak. Setelah 36 minggu, kelompok rendah karbohidrat beratnya berkurang 4.5 kg, manakala kelompok diet lemak berkurang 2.6 kg, di sini tidak ternampak perbezaan yang ketara.
Kajian berterusan masih akan dilakukan oleh pemerhati untuk memastikan apakah mekanisme penurunan berat badan berkaitan  dengan pengambilan karbohidrat. Selain itu, strategi yang paling tepat untuk mengawal berat badan dalam jangka panjang juga masih dicari.
  
Diet Atkin
rendah karbohidrat..potong yang bahagian bawah piramid makanan tu..

Diet Kalori

Sesiapa yang mencuba mengurangkan pengambilan makanan, cuba fikirkan kembali. Menurut para ahli pemerhati, pengurangan pengambilan makanan (kalori) dapat membuatkan tubuh seseorang semakin lemah sehingga mudah untuk mendapat serangan flu.

Para ahli pemerhati dari Amerika Syarikat telah menemui bahawa tikus-tikus yang pengambilan kalorinya dikawal mudah untuk mendapat infeksi daripada mereka yang mengamalkan pengambilan kalori secara normal.
 
Penemuan yang dikeluarkan dalam Jurnal Nutrisi ini menyarankan agar mereka yang berada dalam keadaan lemah lebih -lebih lagi disaat cuaca tidak menentu perlu makan secukupnya di mana mereka tidak perlu mengurangkan atau berlebihan dalam pengambilan kalori.

Tim dari Michigan State University mendapati meskipun tikus-tikus ini mengambil vitamin dan mineral, namun pengambilan rendah kalori ini tidakdapat memperkuatkan badan tikus -tikus tersebut kerana badan tidak mampu menghasilkan sejumlah sel-sel pembunuh untuk melawan infeksi.

Sebaliknya, tikus-tikus ini akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh bila sakit, kehilangan berat dan mengalami gejala sakit lain. "Pemerhatian kami menunjukkan bahawa badan bersedia melawan virus dan sembuh bila pengambilan kalori mencukupi," ujar Prof Elizabeth Gardner.
 
Walaupun sudah mengambil vaksin, disarankan agar pengambilan kalori secara normal dilakukan sehingga musim sejuk (hujan) berakhir dan  diganti dengan musim panas.

"Jika strain flu dari seseorang yang terinfeksi wal hal vaksin flu itu berbeza dari strain flu yang ada, badan akan terus menghasilkan antibodi untuk melawannya," jelas Gardner.
 
Walaubagaimanapun menyekatan pengambilan makanan ini tidak dianggap membahayakankan, lebih - lebih lagi  bagi mereka yang ingin menurutkan berat badan, namun yang penting jangan mengurangkan pengambilannya sehingga memudaratkan. Pengambilan yang normal sudah cukup memadai.
 

No comments:

Post a Comment