14 September 2011

menu diet saya

seperti yang aku war-warkan sebelum ni..aku dah diet selama 3 hari termasuk hari ni..

jadi kat sini aku nak kongsikan la menu - menu yang aku hadap sepanjang aku diet..(baru 3 hari diet dah kecoh)..

oh ye..aku sebenarnya diet menggunakan cara diet Atkin's + minum susu soya SDII (keluaran new zealand)..ni disebabkan kalau nak diet guna SDII ni..cara diet dia kene kurangkan pengambilan karbohidrat..so lebih kurang diet Atkin's la gak..jadi aku gabung diet ni..
ni la susu soya SDII tu..
so aku mulakan menu aku masa ari pertama iaitu

ISNIN 12/9/2011 (hari pertama)

PAGI
-minum SDII

*tak sempat breakfast, almaklumla hari pertama diet..takut nak makan mcm2..takut dengan karbohidrat la kononnya..

LUNCH 
-minum SDII

sayur bayam

 
ikan bawal goreng (ni mcm besar jek..aku makan separuh jek)

DINNER
-minum SDII (mcm wajib dah minumm susu ni)

hotdog ayam (tapi aku salai jek tanpa minyak n aku makan 2 pcs je tau)
scrembled egg (sedapnya..ni 2 bijik)
tula menu aku hari pertama berdiet ikut cara atkin's bersama-sama susu soya SDII..aku mengharapkan ia satu permulaan yang baik buat aku..

menu hari kedua..lebih kurang jek kot dgn hari pertama sebab aku tak terasa bosan lagi dengan menu hari pertama tuh..tapi ari kedua ni aku buat BRUNCH sebab aku lambat breakfast

SELASA 13/9/2011 (hari kedua)

BREAKFAST + LUNCH
-minum SDII (2 kali pagi n tghari)
bayam tumis
pak choy (sedap..sedap)
ikan kembong rebus + air asam jawa (sedap tak hengat..)
DINNER
-minum SDII
Dedaun salad + tuna + tomato + mayonis
Ayam goreng kunyit (aku makan seketul jek..kepak)
hmmm..tula menu aku yang baru 2 hari diet ni..sape kata makanan org diet tak sedap..sedap pe..my hubby jelez gilerr dgn apa yang aku makan..sampai dia kata makanan aku lagi sedap dari dia..haha..sebab untuk makanan diet aku ni..aku prepare sendiri sedangkan my hubby kene beli kat kedai sbb dia nk mkn nasik..tapi nampaknya my hubby dah nak mengikut jejak langkah ku bila aku kene prepare lauk2 ni untuk 2 org..

ok wat my hubby nak diet skali..dia pun bukannnya kurus..dia kategori overweight gak cuma aku tak bagi dia kurus sbnrnya..biar aku jek kurus..haha..(aku dengki dengan laki sendiri sbnrnya..ampun ya papa)

setakat ni jek aku update menu aku..esok2 aku update lagi untuk hari seterusnya..

opss..luper..nnti aku citer plak pasal target kilogram yang aku idam-idamkan..hehe..

pada sapa-sapa yang nak kurus mcm aku (aih..baru 2 hari dah kecoh tul)..yang penting semangat..aku tgh semangat berkobar-kobar ni..

No comments:

Post a Comment