21 September 2011

diet rendah karbohirat vs diet rendah kalori

Diet Karbohidrat
Menurut kajian terkini terhadap orang gemuk dan obesiti, didapati mereka yang menjalankan diet rendah karbohidrat lebih cepat menurunkan berat badan berbanding dengan mereka yang melakukan diet rendah lemak.
Setelah melakukan diet rendah karbohidrat selama 12 minggu, para responden telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4.9kg, sedangkan mereka yang menjalankan diet rendah lemak hanya turun 2.5kg.
Kemudian program menjaga berat badan tersebut diteruskan hingga 24 minggu. Namun tidak diketahui samadan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara kedua kelompok diet tersebut.
Meski begitu, menurut Dr.Kevin C.Maki, salah seorang pemerhati program diet, diet rendah karbohidrat adalah lebih efektif dalam mengurangkan lemak dan mengawal berat badan.
Maki dan rakan-rakannya meminta para responden supaya mengurang\kan kadar glycemic dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat dan membanyakkan pengambilan makanan yang indeks glycemic nya rendah, iaitu makanan yang mengandung serat seperti sayuran, kacang dan gandum.
Selama dua minggu pertama para responden diminta tidak mengambil makanan yang memiliki kadar karbohidrat tinggi seperti buah dan makanan yang memiliki zat tepung. Mereka juga diminta mengelakkan pengambilan alkohol, tetapi mereka dibenarkan untuk makan sebanyak yang dikehendaki.
Sebaliknya responden dalam kelompok diet rendah lemak hanya dibenarkan mengambil 500 - 800 kalori per hari, menghindari makanan berlemak dan mengawal saiz makanannya.
Setelah 12 minggu, para responden dari kelompok diet rendah karbohidrat mengalami penurunan berat yang signifikan berbanding dengan kelompok diet rendah lemak. Setelah 36 minggu, kelompok rendah karbohidrat beratnya berkurang 4.5 kg, manakala kelompok diet lemak berkurang 2.6 kg, di sini tidak ternampak perbezaan yang ketara.
Kajian berterusan masih akan dilakukan oleh pemerhati untuk memastikan apakah mekanisme penurunan berat badan berkaitan  dengan pengambilan karbohidrat. Selain itu, strategi yang paling tepat untuk mengawal berat badan dalam jangka panjang juga masih dicari.
  
Diet Atkin
rendah karbohidrat..potong yang bahagian bawah piramid makanan tu..

Diet Kalori

Sesiapa yang mencuba mengurangkan pengambilan makanan, cuba fikirkan kembali. Menurut para ahli pemerhati, pengurangan pengambilan makanan (kalori) dapat membuatkan tubuh seseorang semakin lemah sehingga mudah untuk mendapat serangan flu.

Para ahli pemerhati dari Amerika Syarikat telah menemui bahawa tikus-tikus yang pengambilan kalorinya dikawal mudah untuk mendapat infeksi daripada mereka yang mengamalkan pengambilan kalori secara normal.
 
Penemuan yang dikeluarkan dalam Jurnal Nutrisi ini menyarankan agar mereka yang berada dalam keadaan lemah lebih -lebih lagi disaat cuaca tidak menentu perlu makan secukupnya di mana mereka tidak perlu mengurangkan atau berlebihan dalam pengambilan kalori.

Tim dari Michigan State University mendapati meskipun tikus-tikus ini mengambil vitamin dan mineral, namun pengambilan rendah kalori ini tidakdapat memperkuatkan badan tikus -tikus tersebut kerana badan tidak mampu menghasilkan sejumlah sel-sel pembunuh untuk melawan infeksi.

Sebaliknya, tikus-tikus ini akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh bila sakit, kehilangan berat dan mengalami gejala sakit lain. "Pemerhatian kami menunjukkan bahawa badan bersedia melawan virus dan sembuh bila pengambilan kalori mencukupi," ujar Prof Elizabeth Gardner.
 
Walaupun sudah mengambil vaksin, disarankan agar pengambilan kalori secara normal dilakukan sehingga musim sejuk (hujan) berakhir dan  diganti dengan musim panas.

"Jika strain flu dari seseorang yang terinfeksi wal hal vaksin flu itu berbeza dari strain flu yang ada, badan akan terus menghasilkan antibodi untuk melawannya," jelas Gardner.
 
Walaubagaimanapun menyekatan pengambilan makanan ini tidak dianggap membahayakankan, lebih - lebih lagi  bagi mereka yang ingin menurutkan berat badan, namun yang penting jangan mengurangkan pengambilannya sehingga memudaratkan. Pengambilan yang normal sudah cukup memadai.
 

17 September 2011

Out of Work

salam..

hmmm..minggu ni tak dapat nak update blog panjang - panjang sebab skrg tgh cuti..next week baru bleh update panjang lebar..

14 September 2011

diet oh diet

seperti biasa..ari ni ari ke 4 aku diet..tapi aku taknak post kan dulu menu diet ari ketiga n ke empat ni..aku nak kumpul dulu menu-menu yang aku dah makan..

ari ni aku nak citer pasal target atau sasaran aku dalam berdiet. sebenarnya aku dah lama di suruh berdiet lagi-lagi bila lepas bersalin..pakar nutrisi yang aku jumpe di sebuah Klinik Kesihatan menyarankan aku agar berdiet sebab aku dah obesiti...ulang skali lagi..OBESITI...(ohh..menakutkan..scary..) aku jumpe pakar nutrisi tu atas arahan doktor yang memeriksa aku sbb aku punya blood pressure tak nak turun pas aku bersalin (degil gak tekanan darah aku nih).. sepatutnya pas bersalin akan jadi normal tapi aku tak..aku siap di bagi ubat untuk mengawal tekanan darah lagi..tapi masa tu aku wat endah tak endah jek..

tapi kini..aku dah bersemangat nk kurus n nk amalkan cara hidup yang sihat..bukan maksud aku sebelum ni aku hidup dengan cara yang tak sihat..tapi kali ni aku mmg nak jadi org yang fussy dalam pengambilan makanan..(mesti mak mertua aku komplen nnt..hehe)..lagi satu yang wat aku semangat nk kurus bila aku dah tertgk adik beradik mak long suami aku yang skrg ni jalan pakai tongkat..Mak long suami aku kira ok..sihat..tapi sorang adik n kakak dia..berbadan agak besar n pastu ada kencing manis..aku tgk kaki dia bengkak..kesian aku tgk..padahal sebelum ni masa dia muda..dia adalah seorang nurse..aku tak nak jadi mcmtu..takut weii..aku doakan diorang sihat-sihat selalu..

banyak plak aku ni membebel..k..target atau sasaran aku dalam berdiet ni..aku kalau boleh nak berat 55 kg gitu..bleh?heheh..aku tak dapat bayangkan kalau aku 55kg..marvoulousnyer...pastu boleh pakai baju mcmtu..mcmni..wah..seronoknya..(sudah2 la tu berangan rohaida oi!!)..stop..stop..

ok di bawah adalah plan aku dalam nk diet ni..
FASA PERTAMA
30/9/2011                          100kg
31/10/2011                         95kg
30/11/2011                         90kg
31/12/2011                         85kg
FASA KEDUA
31/1/2012                           80kg
29/2/2012                           75kg
31/3/2012                           70kg
30/4/2012                           65kg
FASA KETIGA (fasa ni aku rasa kalau aku dapat capai..bangga tak sudah la aku nnt..hahaha)
31/5/2012                          60kg
30/6/2012                          55kg  (wow...selim nya aku!!!!)
ha..itula sasaran aku nnt..kalau aku nak capai 55kg tu mungkin ambik masa 10 bulan..kalau nak 65kg 8 bulan diperlukan..tapi akan dapat kan weight sebegini???fasa satu pun tak lepas lagi..takpe..semangat..semangat..

menu diet saya

seperti yang aku war-warkan sebelum ni..aku dah diet selama 3 hari termasuk hari ni..

jadi kat sini aku nak kongsikan la menu - menu yang aku hadap sepanjang aku diet..(baru 3 hari diet dah kecoh)..

oh ye..aku sebenarnya diet menggunakan cara diet Atkin's + minum susu soya SDII (keluaran new zealand)..ni disebabkan kalau nak diet guna SDII ni..cara diet dia kene kurangkan pengambilan karbohidrat..so lebih kurang diet Atkin's la gak..jadi aku gabung diet ni..
ni la susu soya SDII tu..
so aku mulakan menu aku masa ari pertama iaitu

ISNIN 12/9/2011 (hari pertama)

PAGI
-minum SDII

*tak sempat breakfast, almaklumla hari pertama diet..takut nak makan mcm2..takut dengan karbohidrat la kononnya..

LUNCH 
-minum SDII

sayur bayam

 
ikan bawal goreng (ni mcm besar jek..aku makan separuh jek)

DINNER
-minum SDII (mcm wajib dah minumm susu ni)

hotdog ayam (tapi aku salai jek tanpa minyak n aku makan 2 pcs je tau)
scrembled egg (sedapnya..ni 2 bijik)
tula menu aku hari pertama berdiet ikut cara atkin's bersama-sama susu soya SDII..aku mengharapkan ia satu permulaan yang baik buat aku..

menu hari kedua..lebih kurang jek kot dgn hari pertama sebab aku tak terasa bosan lagi dengan menu hari pertama tuh..tapi ari kedua ni aku buat BRUNCH sebab aku lambat breakfast

SELASA 13/9/2011 (hari kedua)

BREAKFAST + LUNCH
-minum SDII (2 kali pagi n tghari)
bayam tumis
pak choy (sedap..sedap)
ikan kembong rebus + air asam jawa (sedap tak hengat..)
DINNER
-minum SDII
Dedaun salad + tuna + tomato + mayonis
Ayam goreng kunyit (aku makan seketul jek..kepak)
hmmm..tula menu aku yang baru 2 hari diet ni..sape kata makanan org diet tak sedap..sedap pe..my hubby jelez gilerr dgn apa yang aku makan..sampai dia kata makanan aku lagi sedap dari dia..haha..sebab untuk makanan diet aku ni..aku prepare sendiri sedangkan my hubby kene beli kat kedai sbb dia nk mkn nasik..tapi nampaknya my hubby dah nak mengikut jejak langkah ku bila aku kene prepare lauk2 ni untuk 2 org..

ok wat my hubby nak diet skali..dia pun bukannnya kurus..dia kategori overweight gak cuma aku tak bagi dia kurus sbnrnya..biar aku jek kurus..haha..(aku dengki dengan laki sendiri sbnrnya..ampun ya papa)

setakat ni jek aku update menu aku..esok2 aku update lagi untuk hari seterusnya..

opss..luper..nnti aku citer plak pasal target kilogram yang aku idam-idamkan..hehe..

pada sapa-sapa yang nak kurus mcm aku (aih..baru 2 hari dah kecoh tul)..yang penting semangat..aku tgh semangat berkobar-kobar ni..

13 September 2011

info ribut petir

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR
 

Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada.

Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).

Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN


 - Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
- JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
- Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
- Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

 
- Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
- Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
- Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
- Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
- APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
- DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
- JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
- JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
- JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.
- JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
- JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
- JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
- APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

DIET KU

selepas ini aku akan update post kt blog aku ni pasal diet aku..aku akan wat blog aku ni mcm diari diet aku..sampai la aku kurus (maksud aku sampai aku dapat berat ideal aku la)...

diringkaskan cerita..aku dah start diet dah 2 hari lepas (12/9/2011) dengan permulaan berat aku adalah 105 kg (mak ai..lebih sepikul dah tu)

target aku dalam pendietan aku ni adalah 55kg( haha..tinggi impian tu)..tapi wat first time ni kalau dapat 85kg pun dah syukur alhamdulillah..maklumlah..banyak cabaran dan dugaan sepanjang nak berdiet ni..takpe..akan ku tempuh segala onak ranjau dan duri masa aku on diet ni..

ari ni masuk ari ketiga aku diet..pasni aku nak ceritakan ape yang aku makan dan pengalaman yang aku lalui sepanjang aku nak berdiet..


aku akan uploadkan gambar aku sebelum, semasa dan selepas diet nnti..hehe..