13 August 2011

novel online

Semalam adalah hari yang saya rasa macam hepi jek..sebab saya order novel secara online (itu pun nak hepi..jakun tul la)..

Novel yang saya order ni sebenarnya novel second hand..murah..potongan 55%..kalau novel tu asalnya harga RM19.90 after discount dapat la RM8.96..mane nya saya tak teruja..

Saya order dari Farhanah Md Isa..dia iklankan novel dia kat mudah.com..kebetulan malam sebelum tu suami saya buka web mudah.com..tetiba saya duk sebelah terus nmpak iklan ni..malam tu gak saya email kat farhanah ni nak list novel yang dia ada..

Tak sampai beberapa minit, farhanah ni balas email saya and attachkan sekali list novel dia..huwaaa..bestnya tajuk yang dia ada..tapi ada gak yang dia dah jual kt orang lain..

Tapi sbnrnya sebelum saya senaraikan novel yang saya nak tu, saya terlebih dulu menggoggle synopsis tajuk – tajuk novel yang saya pilih (takut tak best kalau tak baca synopsis)..

Akhirnya saya pun pilih 6 buah novel yang saya rasa akan membuat saya tak tido malam..hehe..tak sabar nak tunggu novel tu sampai..

6 buah novel harganya RM59.00 termasuk upah pos penghantaran..bagi saya sangat murah dan berbaloi..yelah, novel farhanah ni baru – baru lagi tau..

Kat bawah ni saya senaraikan novel – novel yang dah saya bayar tapi tunggu nak sampai ke tangan saya lagi..hehe..

Yang ni harga asal RM19.90 tapi saya beli dengan harga Rm8.96
Yang ni harga asal RM19.90 tapi saya dapat RM8.96
Yang ni pun sama harga asal RM19.90 sama dapat RM8.96
Yang ni pun sama gak RM19.90 tapi saya dapat RM8.96
Yang ni RM19.00 saya dapat RM8.55

Dan yang last sekali saya order (ntah - ntah pasni saya order lagi..hehe)

Yang ni mahal sikit..RM21.00 (mungkin tebal kot) dan saya dapat RM9.45
Pendek kata novel yang saya beli ni semua harganya bawah RM10.00 so saya rasa amat berbaloi..pasni bertambah la koleksi novel saya..saya suke..saya suke..

Anyway, thanks to farhanah md isa sebab sudi jual novel beliau pada saya..

21 April 2011

kegilaanku...(part 2)

sambung balik cerita pasal novel..dulu sebelum aku beli novel..aku akan aim pada penulis novel tu..contohla..dulu aku cuma kenal hasil karya yang ditulis oleh Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Damya Hanna, Fauziah Ashaari, ni yang biasa terbitan alaf 21 tu la..untuk yang penerbitan Creative Enterprise plak, aku tau liana afiera malik, mat romeo, and banyakla lagi..aku tak berapa ingatla..itu dulu la..tapi sekarang ni aku kene berani sikit..maksud aku berani kat sini, aku tak cari lagi penulis yang sama..aku cuba variety kan penulis-penulis yang semakin lama semakin ramai ni..

paling terbaru (tak la baru sangat kot) aku suka dengan penulis Siti Rosmizah..dia ni setakat ni dah ada 3 novel...tiga-tiga novelnya aku ada..haha..tapi novel pertama dia bagi aku paling best..menangis gak la aku baca..

novel pertama Siti Rosmizah..paling best

Novel Kedua dia..best gak..
ni novel ketiga dia..aku tak abis baca pun lagi sebenarnya..hehe..
semalam aku keluar jalan-jalan..tup-tup jumpala kedai buku..aku ni semacam sikit bila jumpa kedai buku..laki aku dah faham dah dan dia pun tak boleh nak cakap apa dah..ikutkan jek..aku beli 1 lagi novel baru..tajuk M.A.I.D..nanti aku citer pasal novel ni..balutan tak bukak pun lagi..hehe..

hari ni aku dikejutkan yang Siti Rosmizah dah keluarkan novel ke 4 nya..hah?tak boleh jadi..aku nak cari gak..mengamuk laki aku ni nanti..pesta buku start hari ni..so nak pergi bleh???hehe..

aku kene dapatkan novel ni..

06 April 2011

sedetik lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

aku sebenarnya tak lah berapa fanatik sangat dengan anuar zain ni..tapi tetiba lagu ni terngiang-ngiang kat telinga aku ni..so aku amatilah lirik-liriknya..jadi aku tujukan lagu ni buat insan-insan kesayangan aku iaitu aleesya hani dan abd rahman..luv both hof u forever..

01 April 2011

kegilaanku...(part 1)

dengar tittle kat atas agak menakutkan..kegilaanku..hehe.. yelah..'gila' sape tak takut..tapi kegilaan yang aku nak citer kat blog ni tentang minat aku yang suka sangat baca novel..aku rasa aku bukan la salah sorang yang suka giler baca novel, ada ramai lagi kat luar sana tu yang lagi giler dari aku kot..hehehe..jangan marah...aku nak citer start aku minat mambaca novel..

kisah bermula masa aku form 5 tahun 2001...masa tu popular dengan novel ahadiat akasyah..lagenda budak setan..buku yang agak tebal bagi aku..pendek kata masa tu hampir separuh dari rakan perempuan aku citer pasal novel ni..aku pun teringin la nak ambik tau gak..sibuk jek..hehe..pot pet pot pet..aku pun inform kat tuan punya novel..'aku nak pinjam nanti boleh tak?' tersengih-sengih kerang gak la aku masa ni..almaklumlah nak meminjam katakan..si tuan punya novel pun menjawab dengan cepatnya..'boleh..tapi ko orang no 4 la pas shida, zana, bla..bla..' mak aii..panjang rupanya aku kena berbaris..pas SPM pe giliran aku dapat baca..takpelah kalau macam tu..aku beli sendiri la..

start dari episod nak meminjam tu la aku terus keluar ke bandar klang untuk mencari kedai buku..dan akhirnya aku dah tau kat mana aku boleh mendapatkan novel-novel yang terkini..kegilaan aku semakin menjadi-jadi bila aku sedar yang aku lebih memilih untuk membaca novel dari membaca buku untuk SPM..kalau la SPM masa tu yang keluar soalan adalah berkaitan dengan novel-novel yang aku dah baca, fuhh..mesti straight A je untuk semua subjek aku..hehe..

sejak dari itu, aku menjadi salah sorang pengumpul novel yang boleh dikatakan agak setia..novel pertama yang paling menyayat hati dan membuat aku menangis dan baca banyak-banyak kali adalah novel tajuk 'OMBAK RINDU' tulisan Fauziah Ashari..berkisar tentang kisah Izzah dan Hariz..aku malas nak mengulas novel sebab aku jenis yang tak pandai ulas..tapi bagi aku novel ni best la..korang nak tau korang kena bacalah sendiri..hehe..

novel paling memberi kesan kepada diri aku..
kat atas ni muka depan novel ombak rindu tu..aku tak tau la novel ni dah berapa kali ulang cetak..maklumlah novel popular..tak silap aku dah di dramakan pun..

tu cerita lama..cerita terkini setelah aku berkahwin dan ada anak..aktiviti pengumpulan dan pembacaan novel semakin slow..novel-novel aku yang dulu boleh buka library (banyak la tu maknanya) pun ntah kemana hilangnya..tapi novel-novel yang aku sayang tetap ada lagi..sanggup beli yang baru kalau aku tau antara novel kesayangan aku ni hilang..en.rahman tak tau ni..kalau dia tau mengamuk dia..hehehe..

kali ni aku sibuk ikut novel penulis Siti Rosmizah..apa tajuk2 novelnya tu?ha, adalah..nanti aku sambung citer la..aku tengah banyak kerja sebenarnya ni..tapi masih sempat nak update blog ni sebab aku boring asyik ngadap kerja jek..so rehat-rehat la sambil update blog..hehe..

27 March 2011

rajinkah aku?

why aku pilih tajuk ni?ada kena mengena ke dengan aku?seriously sebenarnya aku tak tau nak tulis apa..aku teringin nak jadi penternak blog seperti sesetengah kengkawan aku..tapi aku takda masa yang khusus nak update dan cantikkan blog..

sebenarnya kalau diikutkan tak yah la nak crowded sangat blog tu..wat ringkas-ringkas and nampak simple pun dah ok..tapi aku ni ntah apa apa ntah nak tambah itu ini...

aku pun pikir-pikir  and senaraikan apa yang menyebabkan aku malas atau tak terdaya nak update blog. Senarai-senarainya adalah seperti berikut:-
1.   aku tak kreatif and tak banyak citer..
2.  aku ni pendiam orangnya bila bersama dengan    orang-orang yang baru dikenali jadi secara tak langsung aku tak banyak cakapla (sebab baru kenal)..
3.  internet lembab macam siput..hah, yang ni wat aku baran sikit. Dan benda ni jugaklah yang paling melunturkan semangat nak update blog.
4. bila off and duduk kat rumah dah tentu takda kesempatan nak mengupdate blog ni sebab en rahman tak akan bagi aku peluang untuk bukak internet..fb pun sorry..
5.  aku jenis orang yang cepat bosan..hehe..
tulah senarai yang aku telah kenalpasti kenapa aku kurang rajin mengupdate blog..hehe..tapi bak kata pepatah "HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH".. jadi aku tau kat mane aku...

23 February 2011

boring...

hari ini terasa boring di tempat kerja..emm..tak tau kenapa..dari pagi tadi dok internet jek..orang lain sibuk dgn kerja masing..tapi aku?terpaksa la buat2 banyak kerja..tapi hakikat sebenar-benarnya, aku a.k.a pensyarah DLUM mmg banyak kerja kene buat..aku dan 2 lagi member seperjuangan mmg sepatutnya banyak benda kene prepare, tapi kitorang cuba bertenang dengan keadaan sehingga nampak mcm tak buat apa2..hehe..ape aku merepek ni..

zaliza ari ni sepatutnya dia bercuti and azura mmg bercuti..aku kt sini sesorang..rasa nak balik tapi...nnti kalau dah balik umah, my hubby tu mesti susah nak antar balik..sesuke ati dia jek..dia ingat aku keje kat mane?mungkin hari ni aku abiskan masa dengan ngadap laptop ni jek..pape pun cepatla kul 4.30ptg..time to back..hehe..

opss..luper..esok ada conference 2 hari @ renaissance hotel..my BIL keje kt situ..hehe..health conference..bila tgk jadual program tadi n tgk plak sape speaker dia..mmg nama hebat2..yelah health conference dari aspek tradsional dan komplementari..alih2..tgk salah sorang speaker tu rupanya my student..hehehe..tak bagitau pun n tak tau pun..

papehal pun tunggu jelah esok conference tu..iye ke my student..tapi rasanya mcm ye..anyway..mlm ni mungkin tido kat umah my SIL. yelah, dekat sikit my hubby nak antar..masalah kat sini..nak pkai baju ape erk?pakai jela pe yang ada..

13 January 2011

kisah di tempat keje ku

hari ni jumaat bersamaan 14hb Januari 2011..huhh..dah tgh bulan dah..awal bulan 2 ni masuk rumah baru..i mean menyewa rumah lain..bkn aku beli rumah..kemas pun tak lagi..nak citer sebenarnya pasal kat opis aku ari ni..pagi2 dtg opis,sunyi plak..owhh..rupa-rupanya student takde..ada perjumpaan dengan Puan KJ..patutla sunyi..

Oleh disebabkan student ada hal dgn Puan KJ, maka ramaila lecturer yang free pagi ni..tiba2 keadaan agak kecoh sedikit..rupa-rupanya ada sorang lecturer baru ni nak wat blog...blog?automatik, aku teringat kt blog aku..diorang kecoh-kecoh pasal blog..tetiba ramai plak pensyarah yang nak membina blog..aku senyap jek..segan duh..blog aku ni sekadar asas semata-mata..tak lawa-lawa macam blog org lain..tapi keadaan aku ni ditenangkan oleh seorang akak ni bila dia cakap:-
"memula buat blog memangla tak lawa..nanti dah lama-lama, dah mula pandai, tengaok blog orang lain..lama-lama kita tau la nak wat macamne.."
oic....aku pun dengan penuh semangat tetiba nak update blog..hehehe...itula citer aku pagi ni...