01 April 2011

kegilaanku...(part 1)

dengar tittle kat atas agak menakutkan..kegilaanku..hehe.. yelah..'gila' sape tak takut..tapi kegilaan yang aku nak citer kat blog ni tentang minat aku yang suka sangat baca novel..aku rasa aku bukan la salah sorang yang suka giler baca novel, ada ramai lagi kat luar sana tu yang lagi giler dari aku kot..hehehe..jangan marah...aku nak citer start aku minat mambaca novel..

kisah bermula masa aku form 5 tahun 2001...masa tu popular dengan novel ahadiat akasyah..lagenda budak setan..buku yang agak tebal bagi aku..pendek kata masa tu hampir separuh dari rakan perempuan aku citer pasal novel ni..aku pun teringin la nak ambik tau gak..sibuk jek..hehe..pot pet pot pet..aku pun inform kat tuan punya novel..'aku nak pinjam nanti boleh tak?' tersengih-sengih kerang gak la aku masa ni..almaklumlah nak meminjam katakan..si tuan punya novel pun menjawab dengan cepatnya..'boleh..tapi ko orang no 4 la pas shida, zana, bla..bla..' mak aii..panjang rupanya aku kena berbaris..pas SPM pe giliran aku dapat baca..takpelah kalau macam tu..aku beli sendiri la..

start dari episod nak meminjam tu la aku terus keluar ke bandar klang untuk mencari kedai buku..dan akhirnya aku dah tau kat mana aku boleh mendapatkan novel-novel yang terkini..kegilaan aku semakin menjadi-jadi bila aku sedar yang aku lebih memilih untuk membaca novel dari membaca buku untuk SPM..kalau la SPM masa tu yang keluar soalan adalah berkaitan dengan novel-novel yang aku dah baca, fuhh..mesti straight A je untuk semua subjek aku..hehe..

sejak dari itu, aku menjadi salah sorang pengumpul novel yang boleh dikatakan agak setia..novel pertama yang paling menyayat hati dan membuat aku menangis dan baca banyak-banyak kali adalah novel tajuk 'OMBAK RINDU' tulisan Fauziah Ashari..berkisar tentang kisah Izzah dan Hariz..aku malas nak mengulas novel sebab aku jenis yang tak pandai ulas..tapi bagi aku novel ni best la..korang nak tau korang kena bacalah sendiri..hehe..

novel paling memberi kesan kepada diri aku..
kat atas ni muka depan novel ombak rindu tu..aku tak tau la novel ni dah berapa kali ulang cetak..maklumlah novel popular..tak silap aku dah di dramakan pun..

tu cerita lama..cerita terkini setelah aku berkahwin dan ada anak..aktiviti pengumpulan dan pembacaan novel semakin slow..novel-novel aku yang dulu boleh buka library (banyak la tu maknanya) pun ntah kemana hilangnya..tapi novel-novel yang aku sayang tetap ada lagi..sanggup beli yang baru kalau aku tau antara novel kesayangan aku ni hilang..en.rahman tak tau ni..kalau dia tau mengamuk dia..hehehe..

kali ni aku sibuk ikut novel penulis Siti Rosmizah..apa tajuk2 novelnya tu?ha, adalah..nanti aku sambung citer la..aku tengah banyak kerja sebenarnya ni..tapi masih sempat nak update blog ni sebab aku boring asyik ngadap kerja jek..so rehat-rehat la sambil update blog..hehe..

No comments:

Post a Comment