21 April 2011

kegilaanku...(part 2)

sambung balik cerita pasal novel..dulu sebelum aku beli novel..aku akan aim pada penulis novel tu..contohla..dulu aku cuma kenal hasil karya yang ditulis oleh Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Damya Hanna, Fauziah Ashaari, ni yang biasa terbitan alaf 21 tu la..untuk yang penerbitan Creative Enterprise plak, aku tau liana afiera malik, mat romeo, and banyakla lagi..aku tak berapa ingatla..itu dulu la..tapi sekarang ni aku kene berani sikit..maksud aku berani kat sini, aku tak cari lagi penulis yang sama..aku cuba variety kan penulis-penulis yang semakin lama semakin ramai ni..

paling terbaru (tak la baru sangat kot) aku suka dengan penulis Siti Rosmizah..dia ni setakat ni dah ada 3 novel...tiga-tiga novelnya aku ada..haha..tapi novel pertama dia bagi aku paling best..menangis gak la aku baca..

novel pertama Siti Rosmizah..paling best

Novel Kedua dia..best gak..
ni novel ketiga dia..aku tak abis baca pun lagi sebenarnya..hehe..
semalam aku keluar jalan-jalan..tup-tup jumpala kedai buku..aku ni semacam sikit bila jumpa kedai buku..laki aku dah faham dah dan dia pun tak boleh nak cakap apa dah..ikutkan jek..aku beli 1 lagi novel baru..tajuk M.A.I.D..nanti aku citer pasal novel ni..balutan tak bukak pun lagi..hehe..

hari ni aku dikejutkan yang Siti Rosmizah dah keluarkan novel ke 4 nya..hah?tak boleh jadi..aku nak cari gak..mengamuk laki aku ni nanti..pesta buku start hari ni..so nak pergi bleh???hehe..

aku kene dapatkan novel ni..

No comments:

Post a Comment